Cinta Untuk Sedetik Lagi

Cinta Untuk Sedetik Lagi

by

, koleksi-ga, buy-2012

NAILA FARAFEESA merasakan yang dunia seakan-akan terhenti saat dia menerima khabar tentang penyakitnya. Lantas cinta yang menghuni rasa hati terpaksa ditolak tepi demi kebahagiaan insan-insan yang tersayang. Dia tekad untuk menjodohkan lelaki yang dicintainya bersama kakak kembarnya yang baru kehilangan tunangnya. Tapi hati tak mampu menipu bila lelaki bernama Ezrakil itu semakin bertakhta dalam hati.

“Setakat Ezrakil yang pakai kereta Honda tu, aku tak pandanglah. Duit berkepuk-kepuk, tapi kedekut yang amat! Segala benda dalam ofis dia nak catu! Entah-entah kasih sayang dia pada kekasih pun dia nak berkira nanti! Lagipun, dia tu tak cukup handsome macam Remy Ishaklah!” -Naila Farafeesa

“Sebab tak cium atau tak peluk awak, sebab tu awak rasa saya tak sayangkan awak? Macam tu? Hei, saya boleh bagilah semua tu... tapi dengan syarat awak kena jadi seorang yang halal di sisi agama untuk saya.” - Ezrakil


NAILA FARANEESHA mula hilang percaturan lantas melumpuhkan jiwanya untuk bercinta lagi lantaran pemergian tunang tersayang. Tapi kemunculan seorang lelaki bernama Nazreen yang sifatnya persis arwah telah menghentak naluri hatinya. Menyingkap sehelai demi sehelai kenangan yang pernah terukir cantik. Kenapa lelaki ini mampu membuatkan jantung Faraneesha berdebar sama seperti ketika dia bersama Luqman?

“Neesha, saya betul-betul sayangkan awak. Tapi saya tak tahu sama ada awak sayangkan saya sebab saya ataupun kerana saya adalah pemilik hati Luqman!” - Nazreen

Simpulan kasih ini perlu dileraikan tanpa memutuskan talinya. Dan pada saat Farafeesa memerlukan perhatian dan kasih sayang, ibunya yang dulu menjauh semakin dingin terhadapnya. Adakah sepanjang Farafeesa masih bernyawa, dia mampu mendapatkan kasih sayang dari insan-insan yang disayanginya? Dan masih adakah ruang dalam hati Faraneesha untuk menemui pengganti yang lebih baik? Semuanya kisah cinta mereka berdua akan terjawab dalam Cinta Untuk Sedetik Lagi…

Title:Cinta Untuk Sedetik Lagi
Edition Language:Malay
ISBN:9789670246291
Format Type:

    Cinta Untuk Sedetik Lagi Reviews

  • Afifah.

    Teruja bila masuk Popular nampak novel ini, hanya satu-satunya yang ada. Biar plastik dah terburai, biar bucu novel dah terkelepet, sanggup beli. Tapi sayang, saya kecewa. Entah, tak syok sebab ada lo...

  • Gobokairina

    Gigih aku baca buku tebal ni. *tepuk tangan*Agak pening juga saat membacanya, bukan apa.. jenuh nak tengok nama heroin. Farafeesa ke Faraneesha haha. Pengsan!Aku suka cara penulis mengolah kisah kemba...

  • Jessica

    2016 - #Novel39Farafeesa yg sakit menghidap penyakit SLE, pada masa yg sama menerima layanan buruk daripada seorang ibu. Tapi dia tetap sedaya upaya tarik perhatian ibu dengan melakukan apa yg ibunya ...

  • nur

    Satu benda yang aku suka dgn cerita ni ialah jalan cerita yg menarik dan xklise,Mengisahkan tentang feesa yang menolak cinta ezrakil kerana feesa menghidap SLE,Neesa plk setelah kematian tunang,bercin...

  • Miz_Yanie

    "Ketika cintamu menjadi lukaku,Tidakku peduli akan keperitannya...Walaupun cinta datang sedetik cuma,Namun bahagia pastu milik kita selamanya..."Sumpah novel ni best!! Ade ketawa,sedih,geram & sampai ...

  • Nina Choo

    sangat2 best..dh baca sampai 4-5 kali but still x bosan ...

  • Umi Kalsom

    ia merupakan satu cerita yang sangat kemas bahasanya. plotnya. wataknya.strongly recommend! :)...

  • Blue Scarf

    Good...fessa dan ezrakil....

  • Fathen Areyu

    i think this book the best ...