Tiada Arah Jodoh Kita

Tiada Arah Jodoh Kita

Bila ‘orang tersayang’ belajar oversea lepas tu curang. Itu klise sangat. Tapi bila ‘orang tersayang’ balik dari oversea lepas tu tiba-tiba pinangkan kita untuk orang lain, itu kategori apa ya?

“Pia... kalau betul kau sayangkan aku dan percayakan aku, tolong terima untuk jadi isteri Wakeel. I’m begging you.” Fayyad Syakir.

“Lulz.. Kau ingat hati ni macam duit dalam bank boleh buat transaksi ikut suka hati kau?” Afia Awliya
“Dia sakit. Hidup dia tak lama...” Fayyad Syakir
"Kenapa? Bila lelaki tu kahwin dengan aku, dia akan hidup selamanya ke?" Afia

Tapi mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pulak dengan abang Wakeel yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati. Megat Aathif.

“Awak tahu dia sakit? Awak tetap nak kahwin dengan dia? Ke awak rancang nak bolot semua harta dia selepas awak bergelar ‘janda’ nanti?” Megat Aathif.

“Hah, baguslah kalau awak dah tahu. So, jagalah harta tu elok-elok sebab nanti kurang pulak duit nak beli tiket ke Syurga kan?” Balas Afia sarkastik.

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.

“Janji dengan saya Liya.. walau apa pun yang jadi, jangan pernah berhenti cari bahagia awak. Jangan. Berhenti.” Megat Wakeel

Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif pulak.. kenapa tiba-tiba dia boleh ada dalam kisah hidup Afia?

“I’m back! Saya akan gantikan bahagia awak yang hilang Pia.” Fayyad Syakir.

“Saya akui saya tak pandai jaga hati orang. Tapi... saya nak jaga hati awak!” Megat Aathif.

Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi. Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

Title:Tiada Arah Jodoh Kita
Edition Language:Malay
ISBN:9789670992464
Format Type:

    Tiada Arah Jodoh Kita Reviews

  • Ras

    Pendapat saya, kisah TAJK ialah hakikat tentang ajal dan jodoh. Kedua2nya rahsia terbesar Yang Maha Pencipta. Lambat atau cepat sahaja.Saya suka jalan ceritanya yang banyak pengisian. Yang penting jug...

  • Nonie?serenity2bliss

    Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)One of the best books I've read so far in 2017!Good job buat penulis kerana membuat N rasa sangat de...

  • Haq Raihah

    SUPER DUPER BEST!!! <3Ya Allah... dlm byk2 novel aku baca pd thn 2017 ni, TAJK lah yg plg sedih! ( î – î )sampai part Wakeel takde tu... x payah cakaplah, nangis terus kut aku! bengkak mata2. samp...

  • Yuni

    #TeamWakeel or #TeamAathif ???I hate you, author! Yuni ada plan lain tapi tak pasal2 terstuck dengan novel ni. Aish...I hate you, author! I don't like to show my emotions while reading. Tadi terlebih ...

  • Mai

    Pertama kali baca buku penulis itu pun setelah terjebak menonton drama adaptasi. Puas hati dengan kisah ni dan harap sangat drama adapatasinya kalau tak ikut 100% tapi mampu sampaikan apa yang penulis...

  •  Kak Zie

    4.5*Afia - Tindak tanduk dia jelas. Jenis cakap lepas tapi apabila berkaitan dengan rahsia, dia tutup rapat mulut dia. Fayyad - Pergilah cari orang lain yang setaraf dengan kelulusan luar negeri awak ...

  • Ella

    3.8*Among all her novels, saya paling suka BCS. Followed by BASA & LUZ. Kira ni nombor 4 lah. Last baru AMR.Saya suka dgn watak Wakeel yg calm dan sweet. Saya juga suka dgn watak Aathif..Really beku, ...

  • Sha889

    Mulanya teragak agak juga nak start pembacaan tu. Bukan apa sebenarnya tak sanggup nak melarutkan diri dalam emosi seorang isteri kehilangan suami tercinta. Bila terlebih menghayati ni memang terasa l...

  • Afifah.

    1. Usai menghabiskan naskah ini, aku tersenyum puas. Puas kerana akhirnya, inilah rentak Ezza Mysara yang aku suka. Akhirnyaaa, setelah dikecewakan oleh LUZ. 2. Oleh sebab BASS ialah novel pertama yan...

  • Ogy Yusof

    sebuah novel yang penuh pengisian. permulaan yang agak mendatar bagi akak sebenarnya sebab terasa alahai... kisah cinta putus bertaut kembali ke?.. tapi macam bukan pulak. kawan baik jatuh cinta pada ...