Bidadari Tanpa Sayap

Bidadari Tanpa Sayap

Maafkan aku, Deeja. Tolong jagakan adam untuk aku. - MAYA

Satu mesej ringkas daripada sahabat baiknya, Maya telah membuatkan hidup Deeja berubah 360 darjah. Anak kecil yang tidak berdosa terpaksa membayar harga kesilapan yang dilakukan oleh si ibu.

Atas dasar tanggungjawab, Deeja mengambil keputusan untuk menjaga Adam. Siapalah yang tidak jatuh sayang pada si comel itu? Kehadiran Adam telah merapatkan lagi hubungan Deeja dengan rakan sekerjanya Aali Jazimin yang sarkastik, misteri dan perahsia. Kedatangan Adam juga telah menyingkap satu rahsia AJ yang selama ini tersimpan kemas.

“Aku takut budak-budak. Aku ada pedophobia. Jadi jauhkan Adam dari aku.” - AJ

“What? Pedophobia? Astaghfirullahalazim... Aku tak sangka selama ni kau bernafsu pada kanak-kanak. Itu jenayah dan berdosa pula tu!” - DEEJA

“Woiii... Aku sebut tadi pedophobia bukan pedophilia, mangkuk!” - AJ

Pelbagai cabaran perlu ditempuhi untuk membesarkan Adam. Deeja bukan sahaja perlu berdepan dengan tohmahan masyarakat, dia juga perlu menepis kebencian ayahnya yang melarang dia untuk terus menjaga Adam.

“Kalau kau dah gatal sangat nak jadi ibu, biar aku carikan kau laki. Masa tu kau jagalah anak sendiri! Tak payah sibuk nak jaga anak orang yang dah tentu-tentu tak sah taraf!” - ENCIK YAACOB

Dugaan silih berganti namun AJ tak pernah berganjak dari sisi. Lamaran yang diterima membuatkan Deeja dijamah rasa terkejut.

“Why me? Why do you want a broken person like me?” - DEEJA

“Well... I'm not here to fix you. Aku di sini untuk berkongsi beban bersama kau. Tu aje.” - AJ

“You got a terrible mind, AJ.” - DEEJA

“Really? Because the only thing on my mind is... You.” - AJ

Ada sesetengah cerita dipendam kerana ia terendam dengan duka. Berkongsi hidup bermakna mereka perlu berkongsi rasa sakit bersama. Apakah rahsia yang tersimpan di sebalik fobia yang AJ alami? Mampukah seorang Deeja membantu AJ untuk sembuh? Bagaimana pula dengan nasib Adam? Adakah Maya akan pulang menuntut si kecil?

Title:Bidadari Tanpa Sayap
Edition Language:Malay
ISBN:9789672102854
Format Type:

    Bidadari Tanpa Sayap Reviews

  • Sha889

    Asalnya novel ni tak masuk dalam list PBAKL tapi bila tengok review kata best maka beli jugak... Dah habis baca risau pulak merosakkan rating buku ni so setelah ditimbangtara i maintain 5*.haha..Dah l...

  • Izzati Aisyah

    Akan ada masanya, kau akan dipertemukan dengan seseorang yang saat kau bersamanya, kau mengenal makna cukup. Yang dalam kesederhaannya, membuatkan senyum tetap hidup dan cukup. Kesederhanaan itulah al...

  • Watie Shaari

    Boleh tak nak bagi semua bintang dilangit khusus untuk naskhah Bidadari Tanpa Sayap ini. Sejujurnya, inila pertama kalinya aku membaca naskhah hasil tulisan daripada Ezza Mysara. Aku pon tak tau kenap...

  • Aezra

    Sedap dibaca. Perjalanan cerita lancar. Cuma tertanya-tanya kenapa Deeja begitu baik sekali? Simpati betul terhadap perjalanan hero dan heroin cerita ini yang punya latar belakang tak berapa baik deng...

  • Nor Afizah

    🤗🤗🤓Assalamualaikum ,selamat pagi,semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya.😉😊🤓 on the way ke office ni,nak review sikit novel terbaru novelis Ezza Mysara ,Bidadari Tanpa Sayap (BTS)...

  • Que Razali

    32 - 2019NOVEL : Bidadari Tanpa SayapPENULIS : Ezza MysaraBoleh ke salahkan novel ni sampai terlupa nak buat persiapan raya di malam raya nan hening ini? Gitu... Tidak sia-sia memilih novel Bidadari T...

  • Maslina Omar

    Deeja & AJ------------------Samanya mereka, jauh dpd kasih sayang ahli keluarga. Deeja disisih oleh ayahnya hanya kerana dia seorang anak perempuan, manakala AJ disisih oleh maknya kerana kesilapan yg...

  • azila syarudin

    This. Is. Absolutely. Stunning! YA ALLAH, tak tahu nak cakap betapa sukanya cerita ni sampai bila habis tu perasaan dia sedih benar. Sedih sebab dah tamat.... T_T (Tebal dia 800 lebih tapi langsung ta...

  • Izz

    First time baca hasil penulisan EM...ternyata berbaloi. Memang best cita ni. Saya suka sangat dengan watak seketol AJ ni dan seketol Deeja. AJ so sweet, wlaupun hero & heroin kerja kedai bunga je, tap...

  • Sapp73

    Shinyu....omg. what a twist. 😱😱...